Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Vanuatu berdepan kekurangan makanan

Port Vila (Vanuatu): Kerajaan Vanuatu semalam memberi amaran bahawa ia berdepan dengan masalah kekurangan makanan selepas taufan terburuk yang melanda kepulauan negara itu baru-baru ini mengakibatkan kemusnahan besar.
Agensi bantuan juga memberi amaran bahawa keadaan di kawasan terjejas antara yang paling mencabar dihadapi mereka kerana berdepan dengan kebimbangan penularan penyakit.
Presiden Vanuatu, Baldwin Lonsdale merayu bantuan masyarakat dunia selepas Taufan Pam yang membawa angin sekuat 320 kilometer sejam melanda negara itu pada Jumaat lalu.
Seramai 24 mangsa disahkan terbunuh dan kesan kemusnahan semakin jelas selepas pasukan pertama bantuan tiba di Pulau Tanna yang dihuni kira-kira 30,000 penduduk.
“Pemerhatian awal daripada kumpulan bantuan berkenaan mendapati kemusnahan di pulau itu lebih teruk dari Port Vila,” kata pegawai agensi bantuan CARE Australia, Tom Perry.
Tambahnya, hospital di pulau itu masih berfungsi tetapi tidak mempunyai bumbung.
Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, tinjauan oleh tentera negara itu mengesahkan kemusnahan besar di kepulauan di bahagian utara.
“Paling teruk adalah Pulau Tanna yang hampir 80 peratus rumah dan bangunan hampir atau musnah sepenuhnya.
“Hampir semua pokok termasuk di kawasan ladang kelapa sawit turut tumbang. Ia pemandangan kemusnahan yang teruk,” tambahnya.
Seorang pegawai pejabat presiden, Benjamin Shing berkata, komunikasi di hampir 80 pulau yang hanya dihubungkan melalui jalan laut masih lumpuh. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:24 AM


SEORANG wanita duduk di luar rumahnya yang musnah di Port Vila, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37700#sthash.dauxcHI0.dpuf

No comments:

Post a Comment