Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Tukang rumah mungkin jadi bisu



Mohd. SAID yang mengalami cedera parah pada lehernya masih dirawat di Hospital Taiping semalam.


TAIPING – Sudah jatuh ditimpa tangga.
Demikian nasib yang menimpa seorang tukang rumah, Mohd. Said Mastor, 51, selepas cedera parah pada leher akibat tertusuk sekeping atap zink yang menimpanya ketika sedang menjalankan kerja meruntuhkan bangunan lama di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau, Parit Buntar di sini pada 10 Mac lalu.
Lebih malang, doktor pakar yang mera­watnya di Hospital Taiping di sini memberitahu, Mohd. Said mungkin tidak lagi mampu bercakap selepas ini kerana urat suaranya putus dalam kejadian tersebut.
Anak mangsa, Faiz, 20-an, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, bapanya bersama pekerja lain sedang menjalankan kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama di sekolah tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3UgvODIHJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment