Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Tiga samseng jalanan kena reman



TIGA suspek kes samseng jalanan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching semalam untuk mendapatkan perintah reman.


KUCHING – Tiga samseng jalanan yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli dan memukul seorang lelaki di Jalan Demak di sini kelmarin, ditahan reman selama empat hari mulai semalam.
Perintah tahanan reman ke atas ketiga-tiga lelaki tempatan berusia 21 hingga 27 tahun itu dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Bryan Brian Mason.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Entusa Imam berkata, semua suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Bako pada pukul 2 pagi kelmarin.
Katanya, penahanan mereka dilakukan ekoran laporan polis yang dibuat seorang lelaki berusia 46 tahun yang mendakwa dipukul selepas berlaku perselisihan faham antara dia dan suspek di Jalan Demak kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin.
"Terdapat lebih daripada tiga individu yang terlibat dalam kes berkenaan dan pihak polis masih mengesan mereka bagi membantu siasatan," katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3UguzxoiU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment