Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Tahan mayat tuntut wang


Jeddah: Sebuah hospital di selatan bandar raya ini akhirnya menyerahkan jenazah seorang wanita kepada keluarganya selepas menahannya selama dua minggu.
Hospital itu mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian kerana perbalahan mengenai kos perubatan berjumlah SR517,000 (RM517,000).
Jenazah wanita berusia 59 tahun itu disimpan di bilik mayat hospital berkenaan sejak 6 Mac lalu sehingga pihak berkuasa kesihatan campur tangan untuk menyelesaikan perbalahan berkenaan.
Keluarganya berkata, wanita itu dirawat di hospital itu selama 52 hari dan bil perubatannya SR58,700 (RM57,800) sentiasa dijelaskan tepat pada masanya menerusi wang sumbangan beberapa penderma dan badan kebajikan.


Bagaimanapun, apabila mereka datang untuk mengambil mayatnya, hospital itu meminta mereka menjelaskan keseluruhan bil yang didakwa tertunggak.
Seorang anaknya berkata: “Pertubuhan kebajikan menghulurkan bantuan dan membayar sejumlah besar wang. Tetapi pihak hospital menuntut SR180,000 (RM177,300) lagi.”
Sementara itu, jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Jeddah berkata, hospital itu enggan menyerahkan mayat wanita itu kerana anaknya enggan menandatangani surat akuan untuk membayar baki yang tertunggak.
Menurutnya semalam, jabatan berkenaan berjaya meyakinkan lelaki terbabit menandatanganu dokumen berkaitan sebelum hospital itu menyerahkan mayat ibunya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37705#sthash.ytczVMyv.dpuf

No comments:

Post a Comment