Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Sindiket dadah Geng 04 lumpuh

Oleh Omar Osman

am@hmetro.com.my


Sungai Petani: Polis melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah didalangi kongsi gelap Geng 04 dengan tertangkapnya enam orang serta merampas dadah jenis heroin seberat 5.4 kilogram bernilai RM120,000.

Kejayaan itu hasil risikan pasukan STING, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sejak lima bulan lalu.

Dalam serbuan pertama, pihak polis menahan dua lelaki berusia 26 serta 32 tahun di Kilometer 83.4 Lebuhraya PLUS dan pemeriksaan dalam kenderaan menemui dadah jenis heroin seberat 5.4 kilogram pada Khamis lalu.

Susulan itu, polis menyerbu rumah banglo di Ladang Sungai Division, di sini, dan menahan dua lelaki berusia 26 dan 53 tahun sebelum menahan sepasang suami isteri berusia 35 dan 28 tahun di Taman Sri Wang, di sini, pada awal pagi Jumaat lalu.

Timbalan Komander STING, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas sembilan buah kereta pelbagai jenis dan dua motosikal, tiga rantai emas dan wang tunai RM16,300 serta tiga LCD dengan nilai keseluruhan rampasan ialah RM610,000.

"Dua lelaki yang ditahan bersama dadah berkenaan dikenal pasti sebagai ketua dan orang kanan Geng 04 yang paling dikehendaki polis kerana terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

"Polis juga mengenal pasti saki baki geng berkenaaan yang terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dan kesemua mereka dijangka akan diberkas dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di IPD Kuala Muda, di sini, sebentar tadi.

Katanya, siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 32 Akta Perlucutan Harta 1988.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:01 PM
ROSLAN Abdul Wahid (kanan) menunjukan dadah jenis heroin yang dirampas.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37349#sthash.IPKUV5Zo.dpuf

No comments:

Post a Comment