Search This Blog

Sunday, March 1, 2015

Serpihan terbesar QZ8501 dinaikkan



SALAH satu bahagian pesawat QZ8501 dibawa naik ke atas kapal di Pelabuhan Kumai, Pangkalan Bun, Sulawesi untuk dibawa ke Jakarta bagi tujuan siasatan pada 7 Februari lalu.- REUTERS


JAKARTA – Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia berjaya menaikkan bahagian terbesar bangkai pesawat AirAsia Indonesia selepas terhempas di Laut Jawa pada Disember lalu.
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, serpihan terbesar itu berjaya dibawa naik dari dasar laut kelmarin dan telah diangkat ke atas kapal pengangkut.
"Kita berjaya membawa naik satu bahagian terbesar badan pesawat AirAsia berkenaan dengan keadaan sayap yang masih dalam keadaan sempurna," katanya.
Bagaimanapun katanya, tiada mayat ditemui pada serpihan bangkai pesawat itu.
Pesawat AirAsia Indonesia yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu menyebabkan kesemua 162 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Bambang berkata, pihak berkuasa akan membuat satu keputusan mengenai tarikh akhir operasi mencari serpihan pesawat itu selepas satu perbincangan dengan keluarga penumpang pesawat QZ8501 yang dijadual diadakan minggu depan.
Sehingga kini hanya 103 mayat berjaya ditemui selepas pesawat berkenaan terhempas akibat cuaca buruk. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3T8tQroxb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment