Pegawai berusia lingkungan 40-an itu ditahan dalam operasi khas SPRM di Perak pagi ini.
Serbuan tersebut menjadikan enam pegawai serta anggota Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM dan sembilan orang awam telah ditahan setakat ini untuk kes yang sama.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati, pegawai terbabit menjalani kehidupan mewah yang tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diperoleh.
“Pegawai tersebut akan direman bermula esok dan akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana meminta atau menerima rasuah.
“Manakala sembilan orang awam pula direman mengikut Seksyen 17 (b) akta sama kerana memberi suapan,” katanya di sini hari ini.
Semalam, seramai 14 individu termasuk lima pegawai dan anggota TLDM ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak dan pembelian barang.
Perintah reman terhadap ke­semua suspek termasuk dua wanita itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh bermula hari ini.
Kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun.