Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Rentung depan bilik air

Oleh Mohamed Sahidi Yusof 
am@hmetro.com.my


Tanah Merah: Seorang warga emas rentung dipercayai terperangkap selepas kediamannya terbakar bersama dua lagi rumah lain di Lorong Tok Janggut, Banggol, di sini, 12.30 tengah hari tadi.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa Embong Othman, 88, sedang mandi dalam bilik air dan tidak menyedari berlaku kebakaran.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Mohd Fadzir Manap berkata, mayatnya ditemui terbaring di depan bilik air rumah itu.
"Dia dipercayai terperangkap dan gagal untuk keluar menyelamatkan diri. Mayat dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Hanaffi Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 12.40 tengah hari dan ke tempat kejadian bersama tiga jentera serta 10 anggota.
Katanya, ketika tiba, api merebak dengan cepat disebabkan cuaca kering, namun kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 1.20 petang.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 3:34 PM


KEADAAN rumah yang terbakar. FOTO Mohamed Sahidi Yusof
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37585#sthash.l84kdIDH.dpuf

No comments:

Post a Comment