Namun keadaan bertukar sebalik­nya apabila mereka kini berdepan de­ngan tuduhan membunuh kerana remaja yang dipukul itu meninggal dunia.
Lima pemuda berusia 20 hingga 22 tahun itu kini disyaki terbabit memukul seorang remaja lelaki sehingga mati di Jalan Keramat, dekat Kampung Datuk Keramat, di sini, awal pagi ini.
Difahamkan, mangsa, Muhammad Israf Firdaus Abdullah, 14, sebelum itu ditangkap oleh sekumpulan lelaki kerana disyaki terlibat mencuri aksesori kereta.
Mangsa kemudian dipukul secara beramai-ramai oleh suspek sehingga tidak sedarkan diri sebelum ditinggalkan di sebuah lorong berhampiran sungai, di kawasan terbabit.
Orang awam yang menemukan mangsa menghubungi polis kira-kira pukul 1.30 pagi dan siasatan segera terus dilancarkan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dikesan mempunyai kesan lebam dan melecet di bahagian atas pipi sebelah kiri.
Bagaimanapun, kata beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan di bahagian kepala akibat pukulan objek keras.
“Pasukan polis yang menyiasat kes berkenaan telah membuat tangkapan terhadap suspek yang berusia 20 hingga 22 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.
“Hasil percakapan dengan suspek, kita mendapati, keempat-empat suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan memberitahu, tindakan terbabit berikutan remaja terbabit cuba mencuri barangan dalam kereta,” katanya di sini hari ini.