Search This Blog

Sunday, March 1, 2015

Polis Bremen bersedia hadapi ancaman pengganas menjelang saingan Bundesliga



Anggota polis tempatan melakukan rondaan sekitar Bremen, Jerman berikutan kemungkinan serangan pengganas. - Foto Reuters
BERLIN: Kawalan keselamatan akan ditingkatkan semasa perlawanan Bundesliga antara Werder Bremen dan pasukan tempat kedua, VfL Wolfsburg hari ini selepas polis memberi amaran mengenai kemungkinan serangan pengganas di Bandaraya Hanseatic.
Polis tempatan sudah meningkatkan kehadiran di kawasan pusat Bremen berikutan amaran serangan pengganas daripada polis persekutuan malam kelmarin.
"Jabatan Polis Bremen sudah meningkatkan kehadiran di bandaraya itu dan meningkatkan langkah perlindungan di kawasan awam," menurut jurucakap polis Bremen.
Kemudian, polis menyatakan ia melakukan satu tangkapan ketika menggeledah sebuah pusat budaya Islam.
Tiada butiran lanjut diberikan polis. - AFP

No comments:

Post a Comment