Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Penyamun berang mangsa ‘miskin’


Oleh Muhamad Hafis Nawawi dan Nabihah Kamal

am@hmetro.com.my
Ampang: Berang terpilih mangsa yang ‘miskin’ menyebabkan dua lelaki bertindak membelasah seorang wanita sehingga pengsan, kelmarin.
Tindakan tidak berperikemanusiaan suspek itu apabila cubaan mereka memaksa mangsa berusia 24 tahun mengeluarkan wang di dalam bank gagal kerana akaun itu hanya ada tak sampai RM100.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa pada mulanya berjalan kaki di Stesen Transit Aliran (LRT) Pandan Jaya sebelum tiba-tiba dua lelaki menaiki kereta berhenti dan memaksa mangsa mengikut mereka.
Menurut sumber, suspek terus mengacukan pisau dan menarik wanita terbabit masuk ke dalam kereta.
“Sebaik berada di dalam kereta suspek terus menumbuk muka mangsa beberapa kali. Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah bank dan dipaksa mengeluarkan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM),” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37772#sthash.M0z4fUgG.dpuf

No comments:

Post a Comment