Search This Blog

Saturday, March 7, 2015

Pecah cermin bas kerana pemandu enggan berhenti

GAMBAR menunjukkan cermin tingkap yang dipecahkan oleh Hao dalam satu insiden di Shanghai baru-baru ini. - AGENSI


SHANGHAI – Gara-gara tidak dibenarkan turun di satu tempat, seorang wanita, Dan Hao, 35, bertindak memecahkan tingkap bas awam yang dinaiki menggunakan tukul kecemasan.
Pemandu bas berkenaan, Shen Hsing, 43, memberitahu, dia mengikut jalan yang biasa dilaluinya di wilayah Huangdu sebelum diminta untuk memberhentikan kenderaan oleh wanita tersebut.

RAKAMAN menunjukkan Hao menarik tukul kecemasan untuk meminta pemandu memberhentikan bas di satu tempat. - YOUTUBE


Namun, apabila permintaannya tidak diendahkan, wanita itu bertindak ganas dengan melakukan vandalisme ketika bas sedang bergerak.
“Saya sudah memaklumkan tidak boleh berhenti sebarangan, tetapi wanita itu tetap berdegil dan mula menjerit,” kata Hsing.
Tambahnya, dia cuba menghalang Hao kerana takut mencederakan penumpang lain, bagaimanapun wanita itu menjerit dan menuduhnya cuba melakukan serangan seksual.
Video tersebut menjadi viral di laman sosial dan pihak polis telah menahan suspek untuk disoal siasat. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3TdNVd2xt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment