Search This Blog

Tuesday, March 31, 2015

Nenek cedera diragut

Johor Bahru: Nenek berusia 86 tahun terpaksa menerima tujuh jahitan di kepala selepas penjenayah bertindak meragut rantai leher dan menolaknya dalam kejadian di Kampung Pulai Gelang Patah di sini, kira-kira 10 pagi semalam.
Saksi kejadian, Nor Azian Abu Bakar, 39, berkata, sebelum kejadian ibu mertuanya, Sawiyah Abdul Kadir ingin keluar rumah untuk mengambil angin kerana gemar berbuat demikian.
"Saya berada kira kira 100 meter dari ibu dan tidak lama selepas itu, sebuah kereta menghampiri ibu dan pemandu kereta itu terus meragut rantai leher dipakainya.
"Saya berlari mendapatkan ibu dan menjerit meminta tolong sebelum pemandu kereta terbabit memecut meninggalkan ibu yang susah terbaring," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kes berkenaan dan usaha memburu suspek giat dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 3:16 PM


MANGSA terpaksa terima tujuh jahitan di kepala.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40566#sthash.47cdfW86.dpuf

No comments:

Post a Comment