Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Mayat terapung disangka patung

Oleh Hamzah Osman 
am@hmetro.com.my


Langkawi: Seorang pejalan kaki yang dalam perjalanan ke kedai runcit tidak menyangka ‘patung’ yang ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kuah, di sini, semalam, sebenarnya mayat seorang lelaki.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, saksi yang mahu dikenali sebagai Liau, 45, mendakwa terpandang ke arah sungai dan menyangka objek itu adalah patung yang dibuang peniaga.
Liau berkata, dia mengamati objek berkenaan sebelum menjadi kelihatan seperti tubuh lelaki dewasa yang masih lengkap berpakaian.
“Kebetulan beberapa penunggang motosikal yang melalui kawasan sama berhenti melihat mayat lelaki berkenaan sebelum menghubungi polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikenal pasti sebagai Zakaria Mohd Yusof, 36, dari Kampung Padang Lalang, Mukim Kuah, di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:31 AM


MAYAT diangkat anggota bomba selepas ditemui terapung di Sungai Kuah, Langkawi, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37744#sthash.kAuYkMIE.dpuf

No comments:

Post a Comment