Search This Blog

Sunday, March 1, 2015

Mayat pekerja ditemui


Kuala Lumpur: Mayat seorang pekerja penyelenggaraan empangan yang dipercayai lemas Khamis lalu apabila bot yang dinaiki terbalik di Empangan Sungai Tengi, Bestari Jaya, dekat sini, ditemui awal pagi semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, mayat Azhar Gumri, 40, dijumpai pada jam 2.01 pagi.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Khamis lalu, seorang pekerja penyelenggaraan empangan dikhuatiri lemas manakala enam rakannya terselamat apabila bot yang mereka naiki terbalik di Empangan Sungai Tengi berkenaan.
Enam lagi pekerja terbabit iaitu Hairul Nizam Mukmin, Mohd Rafi Rahim, Ibrahim Yaakob, Mohd Zahid Mat Tahir, Mohd Fazli Nirwan dan N Ginansigaram berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.
- BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33918#sthash.TgROsqQq.dpuf

No comments:

Post a Comment