Search This Blog

Sunday, March 1, 2015

Mayat Lelaki Warga Emas Dipercayai Dibunuh Ditemui Di Rumah


Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 10:51 PM

TAMPIN: Mayat seorang lelaki warga emas dipercayai dibunuh ditemui di dalam rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini, Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang berkata mayat lelaki berumur 68 tahun itu ditemui oleh jirannya yang datang untuk memberi makanan kepadanya pada 2.34 petang.

"Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terlangkup di atas katil di dalam bilik. Saksi kemudian bertindak menghubungi pihak polis," katanya kepada Bernama
di sini.

Katanya tiada kesan umpil atau pecah pada mana-mana bahagian di rumah mangsa.

"Keadaan dalam rumah berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kesan kerugian atau kehilangan barang dikesan. Proses bedah siasat akan dijalankan esok untuk mengetahui punca sebenar kematian," katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment