Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Lima sahabat mati dalam tidur


PERSATUAN Peniaga Kecil Johor Bahru bersama ahli keluarga mangsa mengadakan sidang akhbar di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Lima rakyat Malaysia terma-suk Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Johor Bahru (PPKJB) disahkan maut manakala seorang lagi berjaya diselamatkan selepas terhidu gas beracun daripada alat pemanas air di sebuah pangsapuri di Nanning, Wilayah Guangxi, China, Ahad lalu.
Kesemua mereka tiba di Nanning pada pagi Ahad untuk melancong namun meninggal dunia dalam tidur pada sebelah malam hari yang sama akibat kebocoran gas tersebut.
Lima yang maut ialah Pengerusi persatuan terbabit, Chin Yoke Weng, 61, serta rakan-rakannya yang juga ahli perniagaan iaitu Tay Chong Chai, 42; Tan Bian Chiang, 41; Seah Fook Heng, 48; dan Ng Wei Shan, 28.
Satu-satunya mangsa yang terselamat ialah Lim Ching Ling, 46, isteri kepada Fook Heng. Dia dilapor­kan stabil dan masih dirawat di sebuah hospital wilayah tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3UguhSzFr 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment