Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Lelaki seludup isteri dalam bagasi untuk masuk ke EU


TERESPOL, Poland – Seorang lelaki Perancis cuba menyeludup isterinya yang merupakan warga Rusia masuk ke Kesatuan Eropah (EU) dengan menyembunyikan wanita berkenaan di dalam sebuah beg besar tanpa menyedari komplot mirip filem James Bond itu tidak diperlukan.
Pengawal sempadan Poland menahan lelaki berusia dalam lingku­ngan 60-an itu pada Jumaat lalu di Stesen Kereta Api Terespol, di sini.
"Kami melakukan pemeriksaan selepas saiz beg pakaiannya me­nimbulkan rasa curiga pegawai bertugas, jelas jurucakap pengawal sempadan, Dariusz Sienicki.
"Anggota-anggota kami terkejut menemui seorang wanita dalam lingkungan 30-an di dalam beg itu. Dia merupakan isteri lelaki tersebut. Wanita itu masih hidup, sihat dan tidak memerlukan bantuan perubatan," katanya.
Menurut Sienicki, lelaki itu tidak mengetahui bahawa isterinya boleh memasuki negara EU. Pasangan bukan dari kalangan warga EU dibenarkan memasuki blok ber­kenaan jika mereka boleh membuktikan ikatan perkahwinan yang sah.
"Mereka berdepan risiko penjara tiga tahun kerana cuba mengelakkan kawalan sempadan. Jika wanita itu duduk di sebelah suaminya, dia boleh meneruskan perjalanan tanpa sebarang masalah.
"Ini kali pertama saya melihat seseorang melakukan perjalanan seperti ini. Dia mungkin disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia," jelas Sienicki. Menurutnya, pasangan yang menaiki kereta api dari Moscow ke bandar Nice di Perancis itu kemudian dilepaskan selepas disoal siasat.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3UgUZhZ00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment