Search This Blog

Sunday, March 1, 2015

Kecewa ibu meninggal, anak bunuh 7 jiran

Tyrone (Missouri): Seorang lelaki yang didakwa kecewa dengan kematian ibunya, menembak mati tujuh orang sebelum membunuh diri.
Joseph Jesse Aldridge (gambar), 36, dilapor pergi ke empat rumah jirannya di bandar kecil ini di Missouri Ozarks, untuk membunuh mangsa dengan pistol .45 caliber, kata polis.
Dia kemudian ditemui mati dalam trak di tengah lebuh raya, 15 kilometer dari bandar berkenaan.
Empat mangsanya yang terdiri daripada dua pasangan ialah sepupunya yang berusia antara 47 dan 52 tahun.
Pihak berkuasa berkata, semua mangsa orang dewasa dan motif pembunuhan tidak jelas.
Mereka juga tidak menemui sebarang nota bunuh diri.
Bagaimanapun, siasatan awal menunjukkan, ibu Aldridge, Alice, 74, mati akibat sakit biasa di atas kerusi di rumahnya, sebelum kejadian.
Wanita berkenaan yang di bawah pengawasan doktor dipercayai mati 24 jam sebelum itu, kata koroner Texas County Tim Whittaker.
Whittaker berkata, dia yakin Aldridge tiba di rumah dan mendapati ibunya mati.
“Mungkin kecewa kerana kematian ibunya, Aldridge mengamuk dan mula membunuh jirannya yang juga saudara maranya,” kata Whittaker.
Aldridge dikatakan pendiam dan suka mengasingkan diri.
Kejadian itu mengejutkan penduduk Tryone, bandar kecil yang penduduknya hanya seramai kira-kira 50 orang dan kebanyakannya mempunyai hubungan kekeluargaan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:06 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33863#sthash.N6d5BP24.dpuf

No comments:

Post a Comment