Search This Blog

Thursday, March 12, 2015

Kapten bola Tok Gajah diugut


Rumah Razman di Lorong Kubang Buaya 35 di Kuantan yang ditembak sehingga menyebabkan Vellfire mertuanya rosak awal pagi semalam.


KUANTAN – Kapten pasukan bola sepak Pahang, Mohd. Razman Roslan dan keluarga dihantui ketakutan apabila rumahnya ditembak sehingga menyebabkan kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire rosak dalam kejadian di Lorong Kubang Buaya 35 di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 12.30 pagi, pemain pertahanan bola sepak Tok Gajah itu sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah dua tingkat yang disewanya.
Isteri Razman, Ozy Azeya Abdul Aziz, 30, dua anaknya Muhammad Aryan Rizqy, 2, dan Muhammad Arraz Rizqy, 5, serta ibu mertuanya turut berada di rumah tersebut.
Razman, 31, memberitahu, ketika leka menonton televisyen, beliau terkejut mendengar bunyi letupan yang disangkanya mercun.
“Pada mulanya saya naik marah dengan orang yang disangka bermain mercun namun apabila diperiksa saya mula takut apabila menemui beberapa kelongsong peluru berhampiran kenderaan Vellfire milik bapa mertua saya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, selepas diperiksa dia melihat cermin belakang kenderaan itu pecah manakala dinding rumah turut mempunyai kesan tembakan.
Sebaik menemui beberapa kelongsong peluru, beliau terus bergegas masuk semula ke dalam rumah dan memeriksa keadaan isteri, anak-anak dan ibu mertuanya yang sedang tidur.
“Bersyukur kerana semua dalam keadaan selamat,” katanya yang kemudian menghubungi polis.
Kenderaan Vellfire itu dikatakan dipinjam Razman daripada bapa mertuanya ketika beliau pulang ke kampung di Kajang, Selangor pada minggu lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3U91cUKqV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment