Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.22 tengah hari dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba Teluk Intan.
Mangsa, Mohd. Asraf Jifri yang dikatakan kanak-kanak kurang upaya berasal dari Parit 10D, Sungai Manik dekat ini. - UTUSAN ONLINE