Search This Blog

Saturday, March 7, 2015

Ibu empat anak ditemui mati dikelar di rumah

Oleh SUHANA MD. YUSOP


DI salah sebuah rumah di tingkat satu bangunan inilah mayat Komethy (gambar kecil) ditemui mati dikelar di Taman Putra Perdana dekat Sepang malam kelmarin.


SEPANG – Seorang wanita ditemui mati dikelar di ruang tamu rumah sewanya yang baru dua hari didiaminya di tingkat 1, Jalan Putra Perdana 5F, Taman Putra Perdana dekat sini malam kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai D. Komethy berumur 31 tahun itu ditemui terlentang di atas tilam dalam keadaan berpakaian baju blaus bercorak petak bunga dan berseluar paras lutut oleh orang awam kira-kira pukul 9 malam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Awang berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam iaitu seorang lelaki India pada pukul 9 malam yang memberitahu terdapat mayat perempuan India di rumah kedai itu.
“Setibanya di rumah itu, polis mendapati pintu rumah dalam kea daan terbuka dengan lampu menyala. Hasil siasatan menjumpai mayat seorang perempuan India dalam keadaan terlentang di atas tilam bujang di ruang tamu rumah tersebut.
“Pemeriksaan pada badan mangsa terdapat tiga kesan luka akibat dikelar pada bahagian hadapan hingga belakang leher, telinga kanan dan pipi kiri mangsa. Tiada kece deraan lain ditemui pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3TdKvFgvW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment