Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Hilang kawalan sebelum maut rempuh lori

Oleh Nur Saliawati Salberi
Jasin: Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16 Melaka-Jasin berhampiran Kampung Tehel, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, kereta dipandu mangsa, Rohana Sirad, 45, dalam perjalanan dari Melaka ke Jasin dipercayai hilang kawalan lalu merempuh lori yang datang dari arah bertentangan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan ll Tumiran Kiman berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.38 pagi, jentera dari BBP berkenaan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati mangsa yang memandu Perodua Viva tersepit di tempat duduk pemandu dan anggota bertugas mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkannya.

"Bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami kecederaan, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 2:49 PM

BOMBA berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. Muhammad Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37578#sthash.5jFppGoA.dpuf

No comments:

Post a Comment