Search This Blog

Monday, March 23, 2015

Enjin rosak bongkar rahsia

Oleh Zaid Salim

am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Sebuah kapal kargo minyak yang dipercayai terbabit kegiatan penyeludupan diesel ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9) selepas mengalami kerosakan enjin di perairan Pulau Redang, di sini, Jumaat lalu.

Berikutan penahanan itu, APMM merampas 100,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM220,000 yang dipercayai dibawa keluar dari perairan negeri ini.

Kapal sepanjang 33 meter milik Indonesia dan didaftarkan di Mongolia itu ditahan selepas tersadai berhampiran pulau berkenaan 27 batu nautika dari Kuala Terengganu oleh pasukan anggota APMM yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Penguatkuasa Maritim DM9 Laksamana Pertama Xavier Thevadas berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku kegiatan penyeludupan kerana kapal terbabit tidak memiliki surat pelepasan pelabuhan selain tidak melaporkan diri sebaik tiba di negeri ini.

“Kita menahan kapal terbabit bersama lima kru warga Indonesia berusia 21 hingga 53 tahun kerana gagal mengemukakan dokumen pelepasan pelabuhan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 7:55 AM


KAPAL kargo minyak yang mengalami kerosakan enjin di perairan Pulau Redang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38673#sthash.HoYVw9U0.dpuf

No comments:

Post a Comment