Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Empat bot nelayan Vietnam ditahan


Oleh Nazdy Harun

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9) menahan empat bot nelayan Vietnam di perairan Kuala Terengganu semalam.
Ketua Penguat kuasa DM9 Laksamana Pertama Maritim Xavier Thevadas berkata, anggota APMM berjaya menahan tiga bot antara 8.10 pagi hingga 3 petang yang sedang leka menangkap ikan pada jarak 120 batu nautika dari Kuala Terengganu.
"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati ketiga-tiga bot adalah milik nelayan Vietnam dan ketika mengiringi tiga bot terbabit pulang ke jeti APMM di Pulau Kambing, di sini, anggota APMM terserempak dengan sebuah lagi bot nelayan asing.
"Bot keempat berjaya ditahan pada jam 4.49 petang pada jarak 110 batu nautika dari Kuala Terengganu," katanya.
Menurutnya, berikutan penahanan empat bot nelayan asing itu seramai 40 nelayan termasuk empat tekong berusia 20 hingga 55 tahun ditahan dan kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37344#sthash.yOqUfi4J.dpuf

No comments:

Post a Comment