Search This Blog

Monday, March 23, 2015

Dua penjenayah ditembak mati terbabit kes berprofil tinggi - Polis

SEREMBAN: Dua penjenayah yang ditembak mati di sini, semalam, dipercayai terbabit dalam banyak kes berprofil tinggi termasuk rompakan bersenjata dan bunuh.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof, berkata kedua-dua mereka berusia 24 dan 40 tahun turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
"Kedua-dua mereka dikehendaki kerana terbabit dalam beberapa siri kes jenayah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor sejak 1999.
"Operasi masih diteruskan untuk memburu saki baki kumpulan penjenayah ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini, hari ini.
Pada jam 2.15 petang semalam, dua penjenayah ditembak mati selepas melepaskan tembakan terhadap sepasukan polis dalam cubaan melarikan diri di Jalan Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini.

No comments:

Post a Comment