Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Budak mati jatuh dari layang-layang gergasi



GAMBAR menunjukkan orang ramai yang hadir di padang Dong Dieu sempena karnival layang-layang di Bandar Raya Ho Chi Minh kelmarin.


BANDAR RAYA HO CHI MINH – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun terbunuh selepas terbelit tali layang-layang gergasi dan melayang ke udara sebelum terpelanting kira-kira 20 meter di atas tanah dalam satu kejadian di sini kelmarin.
Kanak-kanak malang itu, Van Minh Dat dilaporkan ditarik ke udara apabila tali layang-layang tersebut membelit kakinya sebelum orang ramai menjerit meminta tolong, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
Video menyayat hati itu telah dirakam oleh seorang pengunjung yang datang sempena meraikan pelancaran layang-layang gergasi di padang Dong Dieu di sini. Program tersebut merupakan anjuran Kelab Layang-Layang Saigon sempena Karnival Layang-Layang Vietnam.
Minh Dat dipercayai membantu ibunya di gerai minuman yang dibuka di kawasan tersebut.
Seorang saksi memberitahu, layang-layang gergasi itu jatuh ke tanah beberapa kali ketika ahli kelab cuba melancarkannya dalam keadaan angin kuat.
"Kanak-kanak itu mendekati layang-layang tersebut untuk mengambil beberapa botol minuman ringan yang terjatuh sebelum kakinya terbelit oleh tali. Angin yang kuat menyebabkan layang-layang itu terus terbang ke udara sambil membawa kanak-kanak tersebut," katanya kepada akhbar Thanh Nien News. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3UgU9H2g7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment