Search This Blog

Saturday, March 7, 2015

Benjy ditangkap kali ketiga

Oleh NUR AISHAH AMIN

BENJY ditahan lagi bagi membantu siasatan kes dadah.


KUALA LUMPUR – Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy ditahan bersama seorang wanita dan seorang lelaki di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Yap Ah Shak di sini pada Khamis lalu bagi membantu siasatan kes memiliki dan mengambil dadah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Superintendan Adnan Azizon berkata, Benjy, 37, dan dua yang lain ditahan pada pukul 9.30 malam selepas polis menerima maklumat me­ngenai kegiatan mencurigakan di hotel bajet tersebut.

Inilah hotel bajet di Jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi Benjy dan dua rakannya ditangkap kelmarin bagi membantu siasatan kes dadah.


“Semasa serbuan di bilik hotel itu, pasukan JSJN Kuala Lumpur mendapati Benjy, seorang wanita dan seorang lelaki lain berada di bilik hotel tersebut.
“Pemeriksaan lanjut menemui beberapa bungkus kecil dadah disyaki jenis syabu,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Wanita dan lelaki yang ditahan bersama Benjy masing-masing berusia 29 dan 37 tahun.
Adnan memberitahu, pemeriksaan lanjut kemudian menemui sepucuk pistol angin yang mengandungi peluru bebola besi di dalam sebuah beg yang berada di bilik hotel itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3TdKldRtA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment