Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

Api lalang punya pasal


Rosli Ilham

am@hmetro.com.my


Dungun: Sebanyak 22 kenderaan yang ditempatkan di tapak bekas Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun musnah terbakar jam 11.15 pagi tadi.

Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api lalang itu memusnahkan 14 kereta, enam lori serta dua van yang disita polis dan tidak dituntut pemiliknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Amri Muhamad berkata, sepasukan enam anggota bomba dengan sebuah jentera tiba ke tempat kejadian dua minit selepas menerima panggilan.

Katanya, sebaik sampai api marak membakar kesemua kenderaan di situ dan anggotanya berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan sebuah pasar raya di situ.

"Kami mengambil masa selama sejam bagi mengawal dan memadam keseluruhan kawasan terbabit dan siasatan awal mendapati api berpunca daripada kebakaran lalang di sekitar kawasan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:19 PM

Sebahagian kenderaan yang disita polis dan tidak dituntut pemilik musnah dalam kebakaran di tapak bekas Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pagi tadi. FOTO Rosli Ilham
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37591#sthash.PBxYUYLV.dpuf

No comments:

Post a Comment