Search This Blog

Sunday, March 1, 2015

Ajal jatuh perigi

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop 
hafizee@hmetro.com.my


Taiping: Seorang lelaki warga emas ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi rumahnya sedalam kira-kira 1.5 meter di Kampung Baru Simpang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, difahamkan mangsa berusia 65 tahun dipercayai mati lebih tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang ditemui dalam keadaan kembung dan berbau busuk.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Mohd Hisham Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.27 pagi daripada polis yang meminta bantuan untuk mengeluarkan mangsa dari dalam perigi.
Katanya, sebaik tiba bomba mendapati satu mayat berada di dalam perigi kira-kira 1.5 meter sebelum usaha mengeluarkan mayat mangsa dilakukan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:26 AM


ANGGOTA bomba memeriksa lokasi kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33939#sthash.LaIQXjag.dpuf

No comments:

Post a Comment