Search This Blog

Saturday, March 7, 2015

Ahli ‘Geng 18’ maut ditembak polis

Oleh MOHD. AZLI ADLAN


MOHMAD (kanan) melihat barang yang dirampas daripada penjenayah dalam Ops Cantas Khas Selangor selepas sidang akhbar di IPD Klang Selatan, Klang semalam.


KLANG – Seorang lelaki yang dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ‘Geng 18’ yang menjadi buruan pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu ditembak mati oleh sepasukan polis dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek berusia 37 tahun yang sedang memandu kereta jenis Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 33, Shah Alam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kenderaan peronda yang dinaiki tiga anggota polis telah memintas kereta suspek di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang
Emerald bagi menahannya untuk pemeriksaan.
“Bagaimanapun suspek tiba-tiba merempuh kenderaan peronda dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis sebelum memandu laju menuju ke Kampung Baru Hicom.
“Selepas menjejak hampir sejam, kereta suspek ditemui di hadapan sebuah premis besi buruk di Kampung Baru Hicom iaitu kira-kira 9 kilometer dari SJKT Ladang Emerald,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3TdLTtIcR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment