Kesemua mangsa dijumpai mati di empat buah rumah berbeza di Kampung Bible Belt di Tyrone, di sini.
Suspek, Joseph Aldridge, 36, kemudian ditemukan mati di dalam sebuah pikap akibat kecederaan tembakan.
“Secara keseluruhannya, sembilan orang mati termasuk suspek dan ibunya,’’ kata jurucakap polis, Sarjan Jeff Kinder dalam sidang media di Houston.<
Dalam pada itu, polis masih belum mengeluarkan senarai mangsa tertakluk kepada pemberitahuan waris mangsa.
Tyrone merupakan bandar tepi jalan dihuni 2,000 penduduk di selatan tengah Missouri dengan satu perlima penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan.
Berita tentang insiden itu mula tersebar pada pukul 10.30 malam kelmarin, apabila seorang remaja perempuan menghubungi Pejabat Syerif Texas County.
Pita kuning polis kelihatan mengelilingi lokasi kejadian itu di sebuah rumah satu tingkat dengan anjung rumah yang kecil. – AFP
Joseph ALDRIDGE