Search This Blog

Wednesday, March 18, 2015

31 kereta seludup RM1.1 juta dirampas



ABDULLAH ZAWAWI menunjukkan salah sebuah kereta seludup yang dirampas di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 31 buah kenderaan termasuk kereta mewah yang dibawa masuk secara haram dari negara jiran terutamanya Singapura ke negeri ini bernilai RM1.1 juta pada tahun ini.
Pengarah JKDM negeri, Datuk Abdullah Zawawi Abd. Latiff berkata, daripada rampasan ber­kenaan, pihak kastam juga telah menahan lima orang yang dipercayai terlibat dalam sindiket menyeludup kenderaan-kende­raan dari negara jiran.
"Sepanjang Januari hingga semalam (kelmarin), sebanyak 31 buah kenderaan telah kita rampas yang bernilai RM1.1 juta dengan cukai dianggarkan bernilai RM3 juta di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3Ugv9y7Ck 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment