Search This Blog

Sunday, March 1, 2015

3 mangsa nahas maut EXCO Pemuda PBS



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Tenom-Keningau dekat Kampung Sinagang, Sabah, malam tadi. - Foto ihsan bomba
KENINGAU: Tiga mangsa yang maut dalam kemalangan di Keningau malam tadi adalah EXCO Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS).
Mereka ialah Peter Tan Che Vui @ Peter Chin, 44; Dolsin Marindang, 42, serta seorang lagi dikenali sebagai Andrew.
Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas menghadiri program santai EXCO Pemuda PBS bersama belia di Pusat Daerah Mengundi Pamilan, Tenom, semalam.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata beliau sedih mendengar berita kematian ketiga-tiga mangsa yang disifatkannya sentiasa komited dalam perjuangan parti.
"Tidak ada kata yang dapat menzahirkan kesedihan kerana kehilangan mereka. Saya ucapkan salam takziah kepada keluarga mereka dan semoga tabah menghadapi cabaran ini," katanya dalam entri Facebook beliau.
Dalam kejadian itu, mangsa terbunuh apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam sungai di Jalan Tenom-Keningau dekat Kampung Sinagang, di sini, malam tadi.
Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan, selain tersepit pada kenderaan mereka

No comments:

Post a Comment