Search This Blog

Saturday, March 7, 2015

3 anak maut di padang yang sama

SEORANG lelaki dipercayai ahli keluarga melihat mayat Norhanizam yang diletak dalam kenderaan polis ketika dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat semalam.


KUALA LIPIS – Nasib malang seorang bapa yang kematian dua anaknya di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Merapoh pada tahun 2006 dan 2008 berulang kembali apabila seorang lagi anaknya mati di padang sekolah yang sama petang kelmarin.
Dalam kejadian pukul 2.26 petang itu, murid darjah enam SK Teluk Gunung, Ahmad Norhanizam Borhan, 12, maut selepas pengsan ketika sedang menyertai pertandingan olahraga di padang tersebut.
Difahamkan, pada 2006 dan 2008, anak sulung dan anak kedua Borhan Yunus, 51, juga pengsan sebelum meninggal dunia ketika berjalan di padang sama kira-kira dua meter dari lokasi Norhanizam pengsan kelmarin.
Lebih memilukan, bimbang tragedi sama menimpa dua anak perempuannya itu berulang, Borhan bertindak menghantar Norhanizam yang merupakan anak keempat belajar di SK Teluk Gunung walaupun sekolah tersebut terletak lebih jauh dari rumahnya berbanding dengan SK Merapoh.
Menurut Borhan, pada hari kejadian, dia menemani anaknya pada sebelah pagi sebelum pulang ke rumah selepas guru sekolah berkenaan memaklumkan akan menghantar anaknya pulang selepas sukan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3TdL6xiQB 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment