Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu mangsa, Mohd. Izuan Che Azam dan Mohd. Haniff Ramlee masing-masing berusia 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan van yang dipandu rakan mangsa telah merempuh sebuah lori treler di persimpangan lampu isyarat di situ.
Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan. - UTUSAN ONLINE