Mortadza Nazarene
Kesemua penipuan cinta siber itu merupakan sebahagian daripada 16,690 kes jenayah komersial yang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, kes penipuan cinta siber amat sukar dikesan kerana identiti suspek sukar dikenal pasti berikutan mereka menggunakan gambar orang lain (dalam internet).
“Bagaimanapun, kita akan meningkatkan siasatan yang berkualiti dan lengkap sehingga penjenayah dibawa ke muka pengadilan.
“Selain itu, kita juga akan menjalinkan kerjasama dengan agensi dalam dan luar negara dalam menguatkuasakan undang-undang jenayah komersial,” katanya ketika ditemui sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-208 di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mortadza memberitahu, berdasarkan statistik keseluruhan kes yang dilaporkan, penipuan merupakan kes yang paling tinggi iaitu sebanyak 11,640 kes diikuti pecah amanah (2,554), cakera video digital dan cakera padat video cetak rompak (1,166) serta pinjaman wang tanpa lesen (734).
Selain itu, kata beliau, kes lain yang dilaporkan ialah jenayah siber (287) wang palsu (214), pemalsuan (116), salah guna harta dengan curang (84), pengubahan wang haram (12) dan lain-lain kes (153).
“Daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan, sebanyak 13,724 kes berjaya diselesaikan.
“Kita juga mendapati, pertambahan pengguna internet dan tawaran pelbagai bentuk perkhidmatan melalui elektronik menjadi punca meningkatnya kes-kes jenayah siber di negara ini,” katanya.