Search This Blog

Tuesday, February 17, 2015

Wayar emas RM900,000 ghaib

Anggota polis menjalankan siasatan ke atas lori yang disamun. 
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

mohdhelmi@hmetro.com.my
Seremban: Lima lelaki bersenjatakan kapak melarikan enam kotak wayar emas seberat 33 kilogram bernilai RM910,000 daripada sebuah lori milik syarikat penghantaran barang dalam kejadian samun di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran susur masuk ke Taman Tuanku Jaafar Seremban (TTJS), di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, pemandu lori itu, Mohd Irwadi Abdullah, 32, dan seorang pengawal keselamatan disamun lima lelaki ketika mahu menghantar barangan ke sebuah kilang di TTJS, di sini.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mereka yang membawa barangan itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihalang seorang lelaki yang menaiki kereta Toyota Alphard.
Menurutnya, sejurus selepas itu, sebuah lagi kenderaan dinaiki empat lelaki bertindak menghalang lori terbabit sebelum dua lelaki bersenjatakan kapak menyimbah muka kedua-dua mangsa menggunakan petrol.
“Dalam kejadian berkenaan, tangan pemandu dan pengawal diikat menggunakan wayar sebelum suspek membawa lori bersama mangsa ke Jalan TJ 1/3, TTJS, di sini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31317#sthash.0sEA8PDu.dpuf

No comments:

Post a Comment