Oleh Rosliza Mohamed
Pasir Mas: Seorang lelaki berusia 80 tahun ditemui rentung di ruang tamu rumahnya selepas kediaman itu terbabit kebakaran di Kampung Jenderih, di sini 12.50 tengah hari tadi.
Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri namun gagal akibat api yang marak dengan cepat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.59 tengah hari.
"Api sudah dikawal namun siasatan masih lagi dijalankan termasuk punca kebakaran," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33069#sthash.eOrClEkb.dpuf
No comments:
Post a Comment