Search This Blog

Tuesday, February 17, 2015

Wanita cedera diragut ketika berjalan kaki


WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Februari 2015


KOTA BHARU - Seorang wanita cedera di kaki, bahu dan tangan, malah turut kehilangan wang dan dokumen penting dalam kejadian ragut di Pasir Tumboh di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Hasniah Hashim sedang berjalan kaki di bandar Satelit Pasir Tumboh.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa yang mengesahkan kejadian berkata, seorang lelaki menghampiri mangsa dan meragut beg tangannya.

“Berlaku insiden tarik menarik menyebabkan mangsa terjatuh dan suspek pula melarikan diri menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna merah.

“Mengikut pengecaman mangsa, lelaki terbabit berbadan kecil, rendah, kurus dan memakai baju T berwarna hitam," katanya.

No comments:

Post a Comment