“Kami amat kecewa rayuan kami tidak didengar pada saat ini, saya difahamkan peguam sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya dan mereka mempunyai kira-kira 14 hari untuk berbuat demikian.
“Kami hanya berharap mereka dapat melihat nilai yang ada pada suspek kerana kedua-dua mereka sudah menjalani proses pemulihan yang bersungguh-sungguh,” kata Bishop.
Tambah beliau, kerajaan sama sekali tidak akan berputus ada untuk memujuk Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi bagi memberikan pengampunan.
Mahkamah Indonesia, semalam menolak rayuan Myuran Sukumaran dan Andrew Chan untuk tidak dijatuhi hukuman mati.
Mereka yang merupakan ketua kumpulan penyeludupan dadah dikenali sebagai Bali Nine itu ditahan pihak berkuasa Indonesia pada 2005 ketika cuba menyeludup dadah jenis heroin.
Dalam perkembangsa sama, peguam kepada kedua-dua suspek, Todung Mulya Lubis menggesa Peguam Negara, HM Prasetyo supaya menghormati undang-undang dengan tidak melaksanakan hukuman sehingga rayuan mereka didengari. – AFP