Search This Blog

Thursday, February 26, 2015

Ugut bunuh Ketua Polis Negara

Kuala Lumpur: Satu lagi video provokasi berdurasi 1:27 minit oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Anti Demokrasi mengugut ingin meletupkan kereta dan membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi di mana seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.
Lelaki terbabit mengugut dengan menyatakan jika rakyat Malaysia boleh menukarkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya melalui demokrasi.
“Adakah rakyat Malaysia boleh menukarkan Hakim Negara melalui demokrasi.
“Adakah rakyat Malaysia boleh menukarkan Ketua Polis Negara melalui demokrasi. Tidak.
“Manusia-manusia ini agen perosak. Kami Anak Malaysia Anti Demokrasi mengumumkan akan membunuh Ketua Polis Negara, meletupkan keretanya.
“Ketua agensi kerajaan ini akan takut menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan bangkit menggunakan jalan bukan demokrasi,” katanya dalam video itu.
Malah, kali ini giliran pelakon dan pelawak yang terkenal menerusi drama Cili Padi Jaafar Onn pula menjadi sasaran apabila gambarnya turut tertera di dalam video itu.
Sementara itu, Khalid berkata, tindakan kumpulan itu adalah tidak bertanggungjawab serta ingin memberikan satu gambaran yang buruk terhadap sistem demokrasi berparlimen.
Menurutnya, kumpulan terbabit tidak mengenal erti sebenar sistem demokratik yang sudah sekian lama diamalkan di negara ini.
“€œUgutan sedemikian langsung tidak menakutkan saya sebagai Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
“€œUgutan itu adalah lumrah dalam kehidupan sebagaipegawai polis yang menjalankan tugas,” katanya.
Beliau berkata, kumpulan terbabit sedang dikesan pihak polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM).
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 3:52 PM


PETIKAN daripada video provokasi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33075#sthash.elOxHtRS.dpuf

No comments:

Post a Comment