Search This Blog

Thursday, February 26, 2015

Tubuh berkecai dirempuh treler

Alor Gajah: “Tubuh lelaki itu melayang ke tengah besi penghadang manakala kaki kanannya pula putus dan tercampak ke laluan bertentangan,” kata pengguna jalan raya, Ahmad Ali, yang menyaksikan kejadian dua lelaki warga asing dirempuh treler di Kilometer 216.2, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini, malam kelmarin.
Ahmad, 41, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, dia nampak empat kelibat lelaki berlari meninggalkan kereta di lorong kanan arah selatan dengan memanjat besi penghadang tengah dan melintas lebuh raya.
“Dua daripada lelaki itu melintasi lebuh raya manakala dua lagi hilang sebelum saya berhenti di lorong kecemasan dan nampak tubuh manusia terbaring di lorong tengah lebuh raya dalam keadaan hampir hancur,” katanya di lokasi kejadian, di sini.
Ahmad berkata, ketika kejadian dia berada di lorong tengah di belakang sebuah treler sebelum kemalangan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kelihatan cahaya daripada kereta peronda polis (MPV) di laluan bertentangan sebelum empat lelaki terbabit berlari memanjat besi penghadang dan melintas jalan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 7:03 AM


ANGGOTA penyelamat mengumpul mayat yang berkecai selepas dirempuh treler, malam kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33121#sthash.pG4safeL.dpuf

No comments:

Post a Comment