Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Tentera Filipina beri alasan gagal selamat polis



AP - SEKUMPULAN penunjuk perasaan memegang kain rentang yang tertera slogan penentangan terhadap kerajaan Amerika Syarikat selain mendakwa punca kepada kematian Zulkifli Hir atau dikenali sebagai Marwan.


MANILA – Tentera Filipina mempertahankan tindakannya dalam kejadian 44 anggota komando polis terbunuh semasa satu serbuan antipengganas sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.
Dalam kejadian pada Rabu lalu, anggota komando polis itu diserang oleh dua kumpulan pemberontak Islam, termasuk satu kumpulan yang menandatangani perjanjian damai dengan Manila tahun lalu, dalam misi menangkap Zulkifli Hir iaitu salah seorang militan paling dikehendaki.
Ketua Staf Tentera, Jeneral Gregorio Catapang berkata, pihak tentera tidak dapat bertindak segera menyelamatkan unit polis berkenaan kerana lokasi pasukan itu jauh serta di kawasan berpaya di selatan Mindanao.
“Kami tidak tahu lokasi yang tepat di mana polis berkenaan berada semasa kejadian, mereka tidak memberitahu kami sehingga menyukarkan operasi menyelamat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Catapang memberitahu, pasukan polis itu berjaya diselamatkan selepas hampir 18 jam insiden berlaku dan laporan penuh mengenai kejadian itu telah dikemukakan kepada Presiden Benigno Aquino.
Aquino dan tentera sebelum ini dikritik hebat oleh banyak pihak kerana gagal memastikan keselamatan nyawa anggota polis terbabit semasa mereka menyertai operasi seperti itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Qp3zwrvM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment