PEGAWAI penguat kuasa JAIJ menahan salah satu pasangan yang berkhalwat ketika sambutan Hari Valentine di salah sebuah hotel bajet di sekitar Johor Bahru, Johor semalam.
JOHOR BAHRU – Hajat seorang lelaki yang juga merupakan suami orang untuk melakukan ‘projek’ bersama kekasihnya sempena Hari Valentine terbantut apabila mereka dicekup dalam keadaan berbogel oleh pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) ketika Ops Mawar dijalankan di sekitar bandar raya ini awal pagi semalam.
Lebih memalukan, lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai buruh itu dan kekasihnya berusia 22 tahun itu terpaksa menggunakan kain cadar untuk menutup badan mereka yang terdedah ketika diserbu oleh pegawai JAIJ di sebuah hotel bajet di sini.
Menurut Penolong Penguat kuasa JAIJ, Hafiz Abd. Rahman, pasangan tersebut merupakan antara 72 individu termasuk empat warga asing yang berjaya ditahan dalam operasi berkenaan bermula pukul 11 malam kelmarin hingga awal pagi semalam.
“Operasi ini bertujuan untuk membendung kegiatan maksiat sempena sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada setiap 14 Februari.
“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun dan mereka akan dikenakan tindakan kerana kesalahan berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3RuCEwu92
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment