Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Seorang maut letupan di pusat beli-belah Australia



PASUKAN polis dan anggota bomba berada di lokasi kejadian letupan di Pusat Membeli-belah Galleria di Morley, Perth, Australia, hari ini. - Foto EPA
PERTH: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi melecur teruk apabila sebuah bilik transformer elektrik meletup di pusat membeli-belah di Perth, barat Australia hari ini.
Seorang daripada tiga mangsa melecur 80 peratus pada badan mereka.
Saksi, Jonathan McDonagh, berkata beliau cuba untuk membantu mangsa yang cedera, dengan membuka bajunya dan menggunakannya untuk memadamkan api.
"Saya memandu masuk dan melihat tiga orang berlari keluar... mereka dalam keadaan terbakar.
"Saya memasang radio dan tidak mendengar bunyi letupan tetapi saya lihat kepulan asap keluar.
"Seorang mangsa mati di atas lantai. Saya lihat seorang lagi berlegar-legar dalam keadaan tidak begitu baik. Saya cuba membantunya selagi saya boleh. Mereka benar-benar terbakar teruk," kata McDonagh.
Seorang jurucakap ambulans berkata, ntara yang cedera ialah kontraktor elektrik di dalam sebuah kedai di pusat membeli-belah Galleria di Perth. - AFP

No comments:

Post a Comment