Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Seorang maut dalam letupan bom di stesen kereta api India


04 Februari 2015 11:55 PM

CHENNAI 2 Mei - Dua butir bom yang diletakkan dalam sebuah kereta api di India meletup sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan sembilan penumpang yang lain kecederaan di stesen utama di Chennai, kata polis dan pegawai kerajaan.
Kejadian yang berlaku pada ketika India sedang mengadakan pilihan raya umum itu, membabitkan beberapa bahagian gerabak kereta api yang bergerak pada waktu malam dari Bangalore dan berhenti di stesen Chennai.
Pengurus Besar wilayah selatan syarikat Indian Railways, Rakesh Misra berkata, seorang wanita berusia 22 tahun mati apabila salah satu bom yang diletakkan di bawah tempat duduknya meletup selepas pukul 7 pagi waktu tempatan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/seorang-maut-dalam-letupan-bom-di-stesen-kereta-api-india-1.55917#sthash.8xttLbI6.dpuf

No comments:

Post a Comment