Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Sekurang-kurangnya 25 maut nahas pesawat Taiwan



Anggota penyelamat mengangkat mangsa pesawat TransAsia Airways yang ditemui di dalam Sungai Keelung masuk ke dalam bot. - Foto AFP
TAIPEI: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila pesawat penumpang TransAsia Airways terhempas ke dalam sungai di Taiwan, iaitu nahas kedua membabitkan pesawat syarikat itu dalam tempoh tujuh bulan.
Ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan malam ini, sebuah kren mengangkat bahagian tengah bangkai pesawat dari sungai itu dan satu mayat ditemui.

BANGKAI pesawat ATR 72-600 TransAsia ditarik ke tebing sungai selepas ia terhempas ke Sungai Keelung di Taiwan pagi tadi. Pesawat yang membawa 58 penumpang dan anak kapal itu terhempas sejurus berlepas. - Foto AP
Bahagian hadapan pesawat di mana 17 orang dipercayai terperangkap masih berada dalam sungai berkenaan.
Menurut TransAsia, 16 yang terselamat dibawa keluar daripada bangkai pesawat turboprop yang membawa 58 penumpang dan anak kapal itu. Sebahagian besar penumpang adalah pelancong China.
Cuaca sejuk dan peningkatan paras air sungai menjejaskan usaha menyelamat mangsa dan pasukan mencari dan menyelamat mengakui mereka "tidak yakin" menemui lebih ramai mangsa yang terselamat.
Rakaman video amatur menunjukkan pesawat ATR 72-600 TransAsia itu melanggar jejambat ketika ia miring ke kiri ketika menghala ke Sungai Keelung.

No comments:

Post a Comment