Search This Blog

Thursday, February 26, 2015

‘Saya tak takut ugutan bunuh’



KLIP video terbaharu ala IS yang dilakukan tiga individu yang mengugut mahu membunuh dan meletupkan kereta Ketua Polis Negara.


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterimanya daripada sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri sebagai Anak Malaysia Antidemokrasi.
Khalid berkata, ancaman itu langsung tidak menakutkan beliau sebagai Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan, malah menyifatkan ugutan seperti itu merupakan lumrah seorang pegawai polis yang menjalankan tugas.
“Ekoran daripada beberapa klip video yang tersiar dalam laman sosial yang memperkenalkan mereka sebagai kumpulan Anak Malaysia Antidemokrasi baru-baru ini, saya menyifatkannya sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab. Malah mereka ini ingin memberikan satu gambaran yang buruk terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini.
“Ini menunjukkan bahawa kumpulan tersebut tidak kenal erti sebenarnya sistem demokratik yang telah sekian lama diamalkan di negara ini dan mengugut untuk membunuh saya,” katanya.
Dua hari lepas, video berdurasi 1 minit 27 saat yang menunjukkan tiga orang lelaki bertopeng menjadi viral di laman sosial YouTube yang antara lain me­ngugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dan meletupkan keretanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3SnlpFl5G 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment