Mahkamah membuat keputusan itu setelah mensabitkan Abu Salem awal bulan ini atas kesalahan membunuhan seorang pemaju, Pradeep Jain pada 1995 dalam pertelingkahan berhubung satu hartanah, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).
Abu Salem juga merupakan seorang suspek utama dalam insiden pengeboman pada 1993 ke atas pusat kewangan India di sini yang mengakibatkan 257 terbunuh.
“Abu Salem dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh dan konspirasi jenayah,” kata Hakim, G.A. Sanap ketika membaca keputusan mahkamah, lapor PTI.
Abu Salem diburu selepas serangan 1993, tetapi diekstradisi dari Portugal pada 2005 setelah tiga tahun melalui proses perundangan.
India memberi jaminan kepada Lisbon bahawa Abu Salem tidak akan dijatuhi hukuman mati dan dia telah ditahan di penjara sejak diekstradisi atas tuduhan menaja jenayah.
Abu Salem merupakan sekutu Dawood Ibrahim, seorang penjenayah paling dikehendaki di India yang didakwa merancang serangan letupan pada 1993 dan juga dituduh mengedar dadah serta terlibat dengan jenayah-jenayah lain.